Tuesday 2 December 2014

iman islam ihsan taqwa ikhlas

Cara mendapatkan taqwa adalah satu pakej yang terdiri dari tiga perkara. Tiga perkara inilah yang paling penting dan paling asas dari keseluruhan usaha mendapatkan taqwa itu. Kalau tiga perkara ini tidak diperolehi dan tidak dihayati, maka usaha yang lain itu tidak ada erti apa-apa. Kalau dibuat pun sia-sia belaka. Tiga perkara dalam pakej itu yang dinamakan rukun taqwa adalah:
1.           Iman
2.           Islam
3.           Ihsan
Kita biasa dengar tentang Iman sampai sudah lali. Kita biasa dengar tentang Islam sampai sudah lali. Kita pun sebut Ihsan sampai sudah lali. Tetapi kita tidak pernah tahu ketiga-tiga itu adalah rukun taqwa. Ketiga-tiga perkara di atas yang dijadikan satu pakej dinamakan rukun taqwa. Kalau rukun tidak ada kita tidak dapat tegakkan taqwa. Ibarat rumah, kalau tiang tidak ada, kita tidak boleh tegakkan rumah. Selama ini kita tidak pernah belajar atau diajar tentang rukun taqwa ini. Ia adalah asas, tapak atau benih taqwa. Memang itu salah kita. Kita belajar pun tidak pernah habis. Belajar sedikit, pindah. Belajar sedikit, tinggal.
Kalau hendak dikupaskan lagi, ketiga-tiga istilah ini bolehlah dikaitkan dengan Tauhid, Syariat dan Tasawuf. Iman itu Tauhid. Islam itu Syariat dan Ihsan itu Tasawuf.
Setiap perkara dalam ajaran Islam itu ada rukun dan ada syaratnya. Ada sah dan ada batalnya. Sembahyang misalnya, ada rukun, ada syarat, ada sah dan ada batalnya. Begitu juga dengan puasa dan haji, ada syarat, rukun, sah dan batalnya. Dengan taqwa tentulah lebih-lebih lagi kerana ia lebih besar dari sembahyang, lebih besar dari puasa dan lebih besar dari haji. Tentu ada rukun, syarat, sah dan batalnya. Orang tidak pernah ceritakan hal ini. Iman, Islam dan Ihsan adalah rukun taqwa. Rukun itu ertinya tiang. Kalau tidak ada tiang ertinya taqwa tidak boleh dibangunkan.
Iman ada pakejnya. Islam ada pakejnya. Begitu juga Ihsan ada pakejnya. Contohnya, Islam itu yang asasnya ialah rukun Islam. Yang tambahannya banyak seperti sembahyang sunat, puasa sunat, berjuang dan lain-lain. Itu semua syariat. Ga-bungan semua itu, barulah jadi rukun kepada taqwa. silahkan baca selengkapnya di
http://www.usahataqwa.com/hidup-taqwa/rukun-taqwa
 
Copyright © 2014 Sufi Masa Kini • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top